TNB Malaysia 'fu**ed' by Namewee....

Thursday, November 19, 2009




Tahniah Malaysia!!!!

Read more...

Siswa UM ditahan polis kes 'puaka' - Malaysiakini

Seorang pelajar Universiti Malaya, yang dikehendaki polis sejak enam bulan lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan, berjaya ditangkap hari ini.

Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.

Beliau, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat berhubung kes tersebut, kemudian dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus tersebut.

Exco perhubungan luar Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Mohd Syafie Hashim memberitahu Malaysiakini di kampus tersebut, beliau cuba menelefon Muhammad Saufi untuk mengesahkan tangkapan tersebut tetapi seorang anggota polis memaklumkan bahawa pelajar Akademi Pengajian Islam (API) itu sedang disiasat.

Sementara itu exco penerbitan PMIUM Farid Jalpah ketika dihubungi petang ini berkata Muhammad Saufi dipindahkan ke balai polis Bukit Jalil dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Farid tiba ke IPD bersama dua pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Hafiz Ilyas dan Mohd Aizat Mohd Salleh kira-kira 2.30 petang tetapi gagal menemui Muhammad Saufi selepas dipindahkan dari balai Jalan Pantai Baru.

Kakak dan abang ipar Muhammad Saufi, yang tidak dinamakan, turut berada di IPD dan memaklumkan bahawa suspek telah dibawa ke balai polis Bukit Jalil.

Difahamkan Muhammad Saufi dihantar balai polis tersebut kerana lokap di IPD tersebut sudah penuh.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini, pelajar API itu akan bermalam di lokap sebelum dibawa ke depan majistret untuk tahanan reman esok.

Polis menjejaki suspek berhubung siasatan kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan kuliah utama API.

Selain kes menceroboh dewan tersebut awal pagi 24 Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.

Pada 30 Jun lalu, dua pelajar API dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mahkamah menetapkan 7 hingga 11 Disember depan untuk perbicaraan kes mereka berdua pelajar.

Pada 18 Julai lalu, presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin - pelajar tahun akhir API - ditahan sebelum polis memberkas Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah, di kafeteria API pada 12 Ogos.

Dipercayai tiga pelajar ini, termasuk Muhammad Saufi, akan dibicarakan bersama dua tertuduh awal, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen.

Read more...

44 lagi pengayuh Jerit ditahan polis - malaysiakini

Wednesday, December 10, 2008

Belum habis dakwaan gangguan polis diadukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), 44 lagi peserta "Rakyat Pengayuh Perubahan" ditahan di sebuah balai polis dekat Ipoh.

Penyelaras penganjur program itu Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Y Kohila berkata, ketika kumpulan ini dalam perjalanan dari Sungai Siput ke bandar itu, polis membuat sekatan jalan raya di depan balai Kanthan, Chemor.

jerit suhakam memo on ride for change 101208 02Berdasarkan makluman terkini daripada temannya, Kohila mendedahkan penahanan terbaru itu ketika menyampaikan aduannya kepada pesuruhjayanya Datuk Siva Subramaniam.

Kohila berkata, kumpulan aktivis yang ditahan itu diminta mengisi borang dan ditanya sama ada mereka menyertai geng atau kongsi gelap tertentu.

Malaysiakini difahamkam, pengayuh basikal itu ditahan pada 12.00 tengah hari dan dibebaskan 40 minit kemudian.

Kohila menambah, mereka kini meneruskan perjalannya ke Ipoh dan akan disambut oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin esok

Mereka bergerak mulai jam 10 pagi tadi.

Semalam polis menahan 10 peserta kumpulan berbasikal Jerit di Taiping serta Kuala Kangsar (Perak) dan Segamat, Johor - menjadikan jumlah semuanya 76 orang dalam enam hari sejak Jumaat lepas (lihat carta di bawah).

Lapan buah basikal mereka dibakar sewaktu berhenti tidur di Yayasan Aman, Penanti dalam kawasan parlimen Permatang Pauh kelmarin.

Penyelaras Jerit itu kemudian menyampaikan memorandum lima muka surat kepada Suhakam yang mendakwa polis mengganggu program itu dengan cara mensabotaj, menghentikan, mengugut, menahan dan mengasari para peserta.

Menurut memorandum itu, walaupun program "Rakyat Pengayuh Perubahan" telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi tiada jawapan diterima.

bm version jerit ride for change events 101208

NGO itu menuntut Suhakam menyiasat dakwaan gangguan pihak berkuasa itu terhadap para aktivisnya.

"Perbuatan ini (gangguan polis) menghancurkan hak rakyat Malaysia (untuk) menganjurkan satu program secara aman. Ini bukan demonstrasi, ini adalah konvoi basikal," dokumen itu dipetik.

Kohila mendakwa, tindakan mereka mengayuh basikal bukanlah suatu jenayah.

Tambahnya, program itu bukanlah gerakan bawah tanah yang penuh rahsia kerana ia disokong oleh empat kerajaan negeri - Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

jerit suhakam memo on ride for change 101208 01Mengulas aduan itu, Siva berkata, Suhakam telah menerima beberapa aduan berhubung program Jerit tersebut, termasuk dakwaan seorang aktivis wanita diraba oleh anggota polis di Kuala Kangsar semalam.

Katanya, Suhakam telah menghubungi polis Perak dan meminta dakwaan serius itu disiasat. Tambahnya, polis memberi jaminan ia akan disiasat dan diambil tindakan.

Pesuruhjaya itu berkata, aduan-aduan dalam memorandum Jerit itu akan disemak oleh Suhakam dengan polis.

"Saya akan periksa dengan pihak polis. Kita telah menerima laporan sejak dari awal. Tindakan itu tidak mencerminkan tindakan sikap semua anggota polis. Sebab itu, di Taiping tiada masalah. Ia perlu sisatan penuh," katanya.

Ditemui Malaysiakini selepas majlis penyerahan aduan itu, Siva menjangkakan maklum balas itu boleh diperoleh dalam tempoh seminggu.

Read more...

KT 'lebih panas' daripada Ptg Pauh - malaysiakini

Tuesday, December 9, 2008

Umno meramalkan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan akan menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan PAS, "lebih panas daripada pilihanraya Permatang Pauh."

Sebahagian puncanya, kata anggota biro penerangan Umno negeri Zulkifli Nasir, akibat sabotaj di kalangan penyokong Umno jika calonnya bukan ketua bahagian berkenaan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Tambahnya, pemilihan timbalan menteri itu "akan menyelesaikan banyak masalah tetapi tidak dapat menyelesaikan semua sekali."

kuala terengganu by election wan farid bn candidate 031208"Peluang Datuk Wan Ahmad Farid menang lebih baik berbanding calon BN lain.

"Tetapi orang tidak suka kepada abangnya Datuk Wan Hisham.

"Orang kata, jangan libatkan Datuk Wan Hisham (dalam pilihanraya ini) kerana orang Umno tidak suka," kata Zulkifli, bekas ahli jawatankuasa bahagian Kuala Terengganu.

"Orang kata, kalau libatkan Datuk Wan Hisham mereka akan tolak semua.

"Jadi Datuk Wan Ahmad Farid kena buang kepentingan keluarga dan kawan-kawan, sebaliknya mengutamakan kepentingan parti."

Wan Hisham, bekas seorang exco negeri dalam pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh, gagal mempertahankan kerusi Ladang, Mac lalu.

Naib ketua bahagian Umno itu tewas kepada calon PAS Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, bekas pegawai kewangan negeri, dengan majoriti tipis, 31 undi.

Zulkifli menambah, BN juga menghadapi cabaran berat kerana terdapat penyokong Umno yang kecewa dengan kerajaan persekutuan yang dianggap sukar memberikan peruntukan kepada kerajaan Terengganu kini, termasuk gagal memulangkan wang royalti minyak.

bm version kuala terengganu parliamnetary seat 291108"Orang marah kerana kerajaan negeri hari ini tidak boleh melaksanakan projek pembangunan kerana kerajaan pusat tidak beri wang, tidak seperti zaman Datuk Seri Idris menjadi menteri besar," katanya, juga bekas setiausaha politik tokoh Umno negeri Tan Sri Yusuf Nor, kini pengerusi Felda.

"Jadi rakyat akan ajar BN dengan cara tidak mengundi calon parti itu."

Pilihanraya kecil Permatang Pauh, yang dimenangi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ogos lalu digelar "ibu segala pilihanraya kecil" menyaksikan pertarungan sengit kedua-dua pihak, termasuk bersumpah menggunakan nama Allah, pergaduhan sewaktu hari penamaan calon dan ugutan bom di bilik gerakan BN.

Kuala Terengganu adalah pilihanraya kecil kedua selepas Permatang Pauh.

Sementara seorang ahli jawatankuasa Umno Kuala Terengganu, Sulaiman Ali bimbang akan berlaku pergaduhan dalam kempen mulai 6 Januari ini kerana kawasan itu dipenuhi oleh orang luar yang ghairah berkempen.

"Saya bimbang orang PAS membuat kacau tetapi orang Umno yang dapat nama (buruk)," katanya.

"Kita bimbang orang kita (penduduk tempatan) ganggu orang luar sehingga timbul pergaduhan."

Walaupun yakin peluang calon Umno menang lebih cerah berbanding PAS, beliau percaya faktor calon memainkan peranan utama.

"Tetapi ia bergantung kepada calon juga. Kalau letak Datuk Wan Ahmad Farid, peluang adalah 55 peratus, kalau calon lain hanya 45 peratus," katanya.

Untuk memastik BN mengatasi cabaran hebat PAS, parti itu perlu memperjuangkan isu orang Melayu untuk menarik sokongan majoriti hampir 90 peratus pengundi kawasan itu.

Umno bahagian Kuala Terengganu dijadual mengadakan mesyuarat khas, dipercayai membincangkan persiapan pilihanraya kecil tersebut, di bangunan pejabatnya di Gong Kapas, jam 9 malam ini.

Read more...

Tanah runtuh: 3,000 penduduk diarah berpindah - malaysiakini

Saturday, December 6, 2008

MKINI - Seramai 3,000 hingga 5,000 penduduk di kawasan perumahan bertingkat berhampiran lokasi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa telah diarahkan supaya berpindah segera.

Kor Kejuruteraan Angkatan Tentera Malaysia sedang membuat laluan pejalan kaki bagi tujuan memindahkan penduduk terlibat, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

ulu kelang bukit tinggi landslide 061208 02Namun Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang turut melawat tempat kejadian berkata terdapat penduduk yang masih enggan berpindah.

"Kita meminta penduduk berhampiran agar berpindah kerana dilaporkan masih terdapat pergerakan tanah berlaku," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan Selangor telah menyediakan penempatan sementara untuk menempatkan mereka.

Kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Mereka yang terperangkap dan juga pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai jalan alternatif memandangkan jalan utama ke kawasan itu tidak dapat dilalui.

ulu kelang bukit tinggi landslide 061208 04Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membenarkan mana -mana pembangunan dijalankan di kawasan berbukit berisiko tinggi bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh berulang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, katanya, pemaju diminta jangan lagi menekan kerajaan untuk melobi bagi mendapatkan kelulusan untuk membangunkan sesuatu projek dikawasan itu.

"Saya fikir tidak ada alasan lagi untuk jalankan pembangunan di atas tanah yang curam dan tinggi yang berisiko tinggi. Ambil sikap pencegahan adalah lebih baik daripada sesuatu kejadian yang mungkin berlaku.

"Kita perlu belajar atas apa yang berlaku termasuk kejadian hari ini," katanya ketika ditemui meninjau lokasi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini. Turut melawat ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

ulu kelang bukit tinggi landslide 061208  03Najib berkata tidak mustahil pemaju akan terus menghantar permohonan selepas insiden tanah runtuh sedemikian, reda.

"Ingatan manusia ini pendek. Tiga, enam bulan bila orang dah lupa, pemaju akan sorong permohonan dan melobi supaya diluluskan, tidak belajar apa yang berlaku," katanya.

Sehingga 10.30 pagi tadi, polis mengesahkan tiga orang telah terkorban dalam kejadian itu yang menimbus 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi itu berlaku ketika kebanyakan penduduk di kawasan perumahan itu sedang tidur apabila lereng bukit berhampiran runtuh dan menimbuskan banglo-banglo berkenaan.

Najib turut meminta supaya kerajaan tidak dipersalahkan sekiranya sesuatu kawasan yang telah tidak dibenarkan dilakukan pembangunan, tidak lagi berisiko selepas ini.

ulu kelang bukit tinggi landslide 061208 01"Kita terpaksa ambil pendirian kalau terbukti kawasan itu berisiko tinggi. Kalau tidak boleh diterima, mereka yang tinggal di kawasan itu kena terima hakikat bahawa mereka mungkin terdedah kepada bahaya," katanya.

Berhubung kejadian itu, Najib berkata pihak pakar akan dilantik untuk menilai kawasan itu berikutan kawasan tersebut dilihat sangat berisiko tinggi selepas dua kejadian tanah runtuh berlaku sebelum ini.

Najib turut berpuas hati dengan tindakan pantas pasukan keselamatan menangani keadaan.

Katanya operasi menyelamat terpaksa dilakukan secara berhati-hati kerana kawasan itu masih belum stabil.

Kerajaan juga telah mengambil langkah memindahkan lebih daripada 2,000 penghuni satu blok kondominium yang terletak berhampiran kawasan kejadian, katanya.

Penduduk hantar isyarat kecemasan

Sementara itu, petang tadi, penduduk berhampiran kawasan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, menghantar isyarat kecemasan agar mereka turut diselamatkan.

"Apa pula halnya dengan kami. Apa yang perlu kami buat. Kami tidak mempunyai bekalan makanan mencukupi. Kami terputus hubungan," kata mereka.

Mereka adalah antara ribuan penduduk yang terperangkap apabila jalan utama ke kawasan perumahan mereka terputus akibat kejadian tanah runtuh kira-kira jam 4 pagi tadi itu, yang menimbus 14 buah banglo di kawasan berhampiran mereka iaitu di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama.

Penghuni Kondominium Oakleaf Park, Kol. Nazim Mohd Lazim, berkata beliau dan jirannya serta penduduk sekitar tempat kejadian merasa buntu kerana tiada arahan khusus kepada mereka daripada pihak berkuasa, untuk sama ada meminta mereka berpindah daripada kawasan itu.

"Kawasan perumahan sekitar telah terputus bekalan elektrik dan air sejak awal pagi tadi. Makanan juga tidak mencukupi dan saya sendiri tertanya-tanya, perlukah kami berpindah ke tempat pemindahan sementara kerana tiada arahan daripada pihak berkuasa.

"Dikhuatiri mereka tidak sedar kami terperangkap di sini," katanya ketika menghubungi Bernama.

Kol. Nazim terpaksa menghubungi Bernama bagi memaklumkan keadaan beliau dan kebanyakan penduduk yang masih lagi terperangkap kerana khuatir bantuan tidak sampai kepada mereka.

"Saya khuatir usaha menyelamat serta memindahkan penduduk akan mengalami sedikit kesukaran memandangkan hujan sudah mulai turun sejak pukul 1.15 petang tadi dan keadaan ini telah menyebabkan air di kawasan runtuhan naik secara mendadak," katanya.

Seorang suri rumah dari kawasan perumahan Bukit Jaya yang turut menghubungi Bernama berkata beliau bimbang sekiranya keadaan penduduk yang terperangkap tidak disedari pihak berkuasa.

Surirumah berusia 56 tahun yang enggan memberikan namanya berkata masih ramai penduduk di kawasan perumahannya terperangkap.

Tambah membimbangkan beliau ialah kesukaran untuk berkomunikasi dengan pihak luar memandangkan bekalan elektrik ke rumah mereka terputus manakala bateri telefon bimbit semakin lemah.

"Kebanyakan penduduk juga tidak menyimpan bekalan makanan yang mencukupi kerana akan bercuti dan ada yang akan pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidiladha Isnin ini.

Bekalan elektrik terputus

Sementara itu, kira-kira 1,500 rumah di sembilan kawasan
terputus bekalan elektrik buat sementara waktu apabila 12 pencawang elektrik terjejas ekoran kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yitu.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak dapat mengesahkan bila bekalan elektrik ke rumah terbabit dapat dipulihkan semula.

Rumah yang terjejas terletak di Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Utama, Jalan Puncak Bukit Utama, Southern Heights, Kyoto Garden, Oakland Condo Bukit Jaya, Casa De Sol Condo dan Jalan Bukit Utama.

Shaziman berkata pada mulanya 16 pencawang elektrik 11kV rosak akibat tanah runtuh itu tetapi TNB telah membaiki empat daripadanya.

"TNB tidak dapat memulihkan 12 pencawang lain kerana pasukan Smart tidak membenarkan mereka masuk ke kawasan kejadian atas alasan keselamatan," katanya sambil menambah TNB telah

Read more...

Presiden Reformis kena tindakan disiplin - malaysiakini

Friday, December 5, 2008

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang terkenal dengan "skuad berani bogelnya" dan lantang mencabar kerajaan Selangor kelmarin menerima surat tunjuk sebab daripada barisan exconya.

Sembilan daripada 12 exco persatuan itu hadir dalam mesyuarat tergempar di sebuah restoran di Kuala Lumpur pada Selasa, sehari selepas Ramlan Abu Bakar membuat aduan polis terhadap menteri besar berhubung karnival rakyat di Shah Alam bersempena kongres nasional PKR hujung minggu lalu.

anwar ibrahim pkr congress 021208 06Mereka sebulat suara memutuskan tindakan itu dengan alasan Ramlan "membuat serangan peribadi" kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dua orang exco lagi tidak hadir dalam mesyuarat itu dipercayai penyokong presiden Reformis.

Ramlan juga, melalui kenyataan-kenyataannya kepada media, didakwa telah membelakangkan pandangan sebahagian besar barisan exconya.

Setiausaha Reformis, Zairi Jantan memberitahu Malaysiakini, tindakan ketuanya itu bertentangan dengan Fasal 17 (2) perlembagaan pertubuhan itu yang menyebut, mana-mana ahli tidak boleh mencemarkan nama baik Reformis dan juga Fasal 9 (4) bahawa jawatankuasa tidak boleh diketepikan dalam membuat sesuatu keputusan.

Reformis - dipercayai mempunyai hubungan dengan penyokong Gerakan Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim - didaftarkan pada Julai tahun lalu tetapi hingga kini Pendaftar Pertubuhan belum meluluskan NGO itu.

Awal minggu ini, Ramlan dilaporkan berkata, skuad berani bogelnya akan meneruskan bantahan, termasuk mengejar menteri besar Selangor, yang juga ketua perhubungan PKR, di majlis-majlis yang dihadirinya.

Menurut beliau lagi, ia akan dilakukan sekiranya tuntutan Reformis, supaya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula, tidak dipenuhi kerajaan negeri.

khalid ibrahim and selangor stateDalam aduan polisnya 1 Disember, Ramlan mendakwa PKR menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunakan peruntukan kerajaan negeri untuk mengadakan keramaian dan jamuan makan pada perhimpunan di luar Stadium Malawati, tempat parti itu mengadakan mesyuarat agung tahunan kelima.

Jelasnya, laporan yang sama turut dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Dihubungi semalam, timbalan presiden Reformis, Badrul Hisham Mohd Hanafiah berkata, isu kenaikan sewa PPR yang diperjuangkan oleh mereka memang telah disepakati oleh barisan exco pada November lalu.

Tetapi, tambahnya, "Ramlan telah bawa isu ini terlalu jauh. (Kandungan) kenyataan (media), sidang akhbar pun kita tidak pernah tahu."

Pemimpin nombor dua NGO itu juga berkata, exco-exco lain tidak bersetuju dengan pendekatan serangan peribadi yang dilakukan Ramlan, sebaliknya memilih pendekatan kritikan yang membina.

Ramlan diminta menjawab dalam tempoh 14 hari.

Jika gagal berbuat demikian, tambah Badrul, beliau boleh digantung antara tiga hingga enam bulan.

Nasibnya akan diputuskan oleh sebuah panel penilai yang akan dianggotai individu yang tidak berkepentingan dalam kes itu dan bukan ahli Reformis seperti peguam, katanya lagi.

Malaysiakini gagal mendapatkan reaksi Ramlan berhubung tindakan disiplin yang mendadak dikenakan padanya.

Read more...

4 terbunuh, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa - malaysiakini

Empat orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang setakat ini, termasuk seorang ibu dan anaknya.

landslide bukit antarabangsa 01Manakala lapan lapan orang lagi dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, tertimbus.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang berada di tempat kejadian berkata 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di aman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri, lapor Bernama.

landslide bukit antarabangsa 07Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di empat kejadian berkata terdapat empat mangsa korban dalam insiden kira-kira jam 4 pagi tadi.

PBSM juga melaporkan kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.

landslide bukit antarabangsa 06Salah sebuah banglo terlibat ialah milik ketua setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.

landslide bukit antarabangsa 02Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang kini melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

Read more...

  © Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP